so dah cuba dah...ermmm sedap...
TQyer
1 paket spagetti
Bahan2 A:
1kg ikan kembong atau ikan parang (optional)
50gm udang kering - direndam sekejap
20gm isi ikan kurau - dibakar sekejap
Bahan2 B - kisar:
3 labu bawang besar
15 tangkai cili kering
2 ibu jari halia
2 ibu jari lengkuas
2 ibu jari kunyit hidup
4 ulas bawang putih
2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 kotak santan pekat/ lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari
Daun kesum
Garam dan gula secukup rasa
Bahan2 sampingan:
2 biji limau kasturi belah
timun - di racik halus
tauge - buang ekor
bawang besar - hiris bulat
lada merah/lada hijau - dihiris
sambal belacan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan2 sampingan:
2 biji limau kasturi belah
timun - di racik halus
tauge - buang ekor
bawang besar - hiris bulat
lada merah/lada hijau - dihiris
sambal belacan
cara:
· masak air di dalam mangkuk secukupnya sehingga mendidih
· setelah itu masukkan 1 sudu besar minyak dan jugak spagetti
· rebus sehingga spagetti lembut
· angkat dan toskan. ketepikan
· rebus ikan kembong, udang basah sehingga ikan masak
· angkat dan toskan
· jangan buang air rebusan ikan kerana akan digunakan untuk memasak kuah
· buangkan tulang ikan
· mesin isi ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau sehingga halus. ketepikan
· panaskan minyak di dalam kuali
· masukkan serai dan bahan2 B yang telah dikisar sehingga wangi
· bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar
· kemudian masukkan bahan2 A yang telah dikisar
· kacau rata
· masukkan santan dan 2 mangkuk air rebusan ikan
· kacau sebati
· akhir sekali masukkan asam keping, kerisik, gula dan garam secukupnya
· kacaukan agar semua bahan sebati
· renihkan dengan api sederhana panas sehingga kuah pekat lebih kurang 1 - 1 1/2 jam kerana lebih lama dimasak kuah akan bertahan lama tanpa perlu disimpan di dalam fridge
· cara menghidang: masukkan spagetti ke dalam mangkuk diikuti dengan timun, taugeh, bawang, limau, kuah dan sambal belacan