Posts

Showing posts with the label CHOCOLATE CHEESE CAKE

AKTIVITI HARI INI

Image
HOLLLAAA....EVERYBODY....walaupun hari cuti..penatnya mengalahkan hari2 bekerja kat ofis...hermmmm dari pagi pegi tengok2 sticker kat kawasan pudu, tengok punya tengok takder yang berkenan pun... apapun inilah hasil sepanjang hati ni...ini semua hasil first time buat.....wha haha haha  ..tapi tak kisah....KEPUASAN itu yang paling penting...cuppies untuk izul dan chocolate cheese cake yang SPECIAL untuk si comel MYRA...

Chocolate Cheese Cake - TERIMA KASIH TUAN PUNYA RESEPI (tapi dah lupa which blog)

Image
250g cream cheese 50g gula 1 biji telur 1 sudu teh esen vanilla pukul cheese sehingga ringan, masukkan teur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga rata 150g butter 135g gula 1/8 sudu teh garam 3 biji telur 120g tepung naik sendiri 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh baking powder 3 sudu besar serbuk koko 1 sudu besar susu segar pukul butter, gula, garam dan esen vanilla hingga kembang,  masukkan telur satu persatu masukkan tepung dan susu berselang seli  masukkan separuh bahagian coklat kedalam loyang dan tuang adunan cheese tadi... tuang lagi separuh bahagian adunan coklat hingga menutupi cheese... bakar selam 1 jam dengan 175 darjah celcius...