Saturday 12 November 2011

CARROT WALNUT CUPPIES

 
 
 
 2 1/2 cawan carrot
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 1/2 sudu teh nutmeg
1 cawan walnut di cincang

Cara-caranya

1) Telur, gula dan minyak di kacau sebati
2) Ayakkan tepung, serbuk kulit kayu manis dan nutmeg
3) Masukkan tepung ke dalam bancuhan minyak tadi
4) Kacau sebati
5) Masukkan walnut, di kacau kemudian walnut, kacau lagi hingga sebati
6) Sudukan kedalam cup anggaran 3-4 sudu besar
7) Bakar dalam 20 minit suhu lebih kurang 145 degrees

Creese Frosting
120g butter
250g creamcheese
120g icing sugar
1 suduteh lemon oil
Putar hingga kembang

Hiaskan ke atas kek yang sudah di masak

Sunday 16 October 2011

Rendang Udang

1 kg Udang (nak cari yangbesar tapi takder)

Bahan di kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai
10-20 batang cili kering (di rebus sebelum dikisar bersama bahan-bahan lain)

2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik
Air secukupnya
Beberapa helai daun kunyit
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

1) Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan rempah kari, tumis lagi hingga naik minyak.

2) Masukkan kerisik, santan dan sedikit air untuk mudahkan kita mengacau.

3) Kacau lagi hingga pecah minyak dah rempah-rempah masak.

4) Masukkan udang kacau hingga masak. Jangan terlalu lama nanti udang akan keras. Perasakan.

5) SELAMAT MENCUBA

Sunday 25 September 2011

Chocolate Muffin




Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 1/4 serbuk coklat
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

Bahan B
2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair/susu segar
3 biji telur

Bahan C
3/4 cawan air panas

Cara-caranya

Panaskan oven ke suhu yang paling tinggi, tukarkan suhu kepada 175degree apabila mixture sedia untuk di ovenkan...

Campurkan kesemua bahan B ketepikan, kacau rata

Ayak kesemua bahan A, masukkan bahan B kedalam bahan A,kacau rata-rata, setelah rata masukkan air panas, dan kacau lagi, masa saya buat bancuhan ni agak berketul sedikit, so saya blender sedikit demi sedikit dan masukkan kedalam piping bag, dan pipekan lebih kurang 1/2 cup, atau kurang..

Letakkan almond flakes atau coklat chip ikut kesedapan tekak dan mata masing.Bakar sekitar 175d selama 15-20 minit.

Saturday 24 September 2011

PUTU PERAK - sila lah mencuba

Sumber : - Zurina Shafie

Bahan-Bahannya :-
200g beras
5 camca besar tepung beras
2 camca besar tepung pulut
4 camca besar air
Gula secukupnya
1/2 kelapa putih + sedikit garam
 kain putih segi empat (lembap) untuk mengalas
Cara-caranya :-
1) Rendam beras 3 jam dan kisar
2) Gaul beras bersama tepung beras
3) Renjiskan sedikit air kedalam campuan tepung dan kukus selama 45 minit
4) Angkat dan biarkan semlaman ataupun selama 10 jam
5) Gaul bahan tadi bersama tepung pulut sehingga sebati dan kisar halus
6) Campur gula kedalam adunan secukupnya
7) Tabur sedikit adunan kedalam acuan biar separuh acuan sehaja
8) Masukkan sedikit kelapa kemudian tepung kedalam acuan
10) Alas kain lembap pada acuan dan kukus sehingga masak
SELAMAT MENCUBA

Sunday 17 July 2011

DAGING HITAM NASI KANDAQ



BAHAN-BAHANNYA
  • 1 kg daging
  • 30 biji cili kering
  • 1 sudu serbuk jintan putih
  • 1 in halia
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
  • 1/4 cawan tomato sup (kimball/heinz)
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 biji tomato dihiris
  • asam jawa, garam
  • sebiji @ 2 biji rempah tumis terdiri dr kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga, cengkih
  • daun pudina kalau suka 
CARA-CARANYA
  • daging potong 18
  • bawang kecil, bawang putih halia di kisar
  • bawang besar dikisar berasingan
  • cili direbus dan kisar dengan sedikit minyak. gaul daging dengan bahan kisar dan serbuk jintan putih, tinggalkan sedikit bawang besar untuk buat penumis
  • panaskan minyak, tumis bawang besar dengan rempah penumis, serai ketuk dan daun pandan
  • masukan daging bersama bahan kisar lain dan kicap
  • apabila separuh masak masukan tomato buah, tomato sop dan daun kari
  • kecilkan api biar mereneh hingga daging empuk
  • apabila hampir masak masukan asam jawa , garam dan daun pudina
  • ha....ini la daging hitam nasik kandaq :)

Saturday 16 July 2011

KEK LAPIS SARAWAK CALL/SMS 013-3769836


SILA SMS/CALL DIANA @ 013-3769836

SIZE KEK 8'X2.3X2.6 @ 1/3 LOYANG

ORDER DI BUKA SEKARANG

TIGA RASA
BLUERBERRY

CHEESE ICE CREAM

SUTERA UNGU

CHOCOLATE CHEESE

CHOCOLATE WALNUT

HORLICK

NESCAFE

MADU BELANG

MASAM MANIS

MASAM MANIS CHEESE

PUDINA

PUNCAK KASIH

EVERGREEN

STRAWBERRY PRUNE

LAPIS REMPAH

APPLE CHEESE

APOLLO

DURIAN

MILO

KOKO

LAPIS SULTANA

LAPIS OREN

BATIK BASAHAN

SWISS ROLL

BUAH

HATI PARI

SISIK IKAN

LAPIS SURABAYA

MADU TIGA

MADU KEMEYAN

BUKU

DRAGON CHEESE

MAWAR

PERMATA PILIHAN

LAPIS OREO

BINGKA CHERRY

LAPIS CHEESE CHOCOLATE

TIGA SERANGKAI

CADBURRY

LAPIS INDIA

PUA KUMBU
LINGKARAN BULOH

MELON

MELON MERAH

KETUPAT

KETUPAT

PANAHAN ASMARA

TIKAR MENGKUANG

TERABAI

Related Posts with Thumbnails