Thursday, 12 August 2010

SATU RAMADHAN - ALHAMDULILLAH


TERIMA KASIH TUAN UNYA RESEPI -http://aqiern.multiply.com/reviews/item/12
ada resepi yang sama ana kelipkan kat sini jugak....mehla cuba


Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (jangan buang guna untuk sup)

½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

kisar semua bahan yang di goreng + dengan rempah di bawah 

1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap ana perap setengah hari jer golekkan dengan tepung -ana tak buat pun....
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
 5 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
1 biji Bawang besar hiris
3 biji Bawang putih, hiris
3 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
goreng semua bahan dan kisar dan jangan terlalu hancur + bahan perasa

Untuk Nasi
3 cawan beras basmanthi (sebab tak tau sukat air) dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
3 sudu besar stok ayam MAGGI
3 1/2 cawan air
tumis dan pindah ke periuk nasi elektrik
Related Posts with Thumbnails